Wa...lama rasanya blog ini tak di update. Mana tidak balik-balik update Blog ANAK MENSIA. Pada entry kali ini, saya nak kongsikan sedikit tentang hotel (hotel lagi nampaknya LoL) yang ada di Kota Kinabalu yang pernah menjadi persinggahan jika ada kesempatan. Hotel yang bakal menjadi mangsa kali ini adalah Hotel Tang Dynasty Kota Kinabalu. Mengapa saya katakan menjadi mangsa sebab kalau saya tak puas hati dan jika saya kebetulan melalui pengalaman yang kurang enak sepanjang berada di hotel tersebut, saya akan nyatakan terus terang tanpa perlu berselindung. Mengapa saya begitu kejam? Ini bukan kes kejam sebab kita bayar mahal-mahal tapi last2 servis yang kita dapat tidak setimpal dengan bayaran tersebut. Yer tak?
Tapi pada kali ini, saya tidak akan membuat review sekejam entry sebelum ni sebab saya tidak mengalami sebarang ingauan ngeri sepanjang berada di hotel ini. Secara keseluruhannya saya memang berpuas hati duduk kat hotel ini cuma kalau nak guna Wifi kena beli kupon kat receptionist.
Pinjam gambar ianbakar.blogspot |
Hotel Tang Dynasty ini terletak memang di tengah-tengah pusat bandar Kota Kinabalu dan kedudukan dia bersebelahan dengan Api-Api Centre. Kalau yang datang dari arah Lapangan Terbang Kota Kinabalu pasti hotel ini akan terus menjadi titik fokus anda sebaik sahaja anda melalui flyover di Ming Garden Hotel.
Hallway ke Bilik |
Cantek bha kan? |
Harga bilik adalah berbeza-beza mengikut size. Bilik yang saya duduk ini RM118.00 RM108.00 with breakfast (Special Rate for me hihi..). Hotel ini turut menyediakan Government Rate so pilihan bijak untuk Staf Kerajaan.
Kota Kinabalu King Bed ;) |
Bilik memang luas dan selesa. Cuma karpet tu bau dia kurang best. Karpet lama jadi ada sikit bau hapak dan tak kering. Ada siaran Astro (selected channel only). Siaran TV tak penting sangat sebab bukan nak duduk bilik. Kalau nak tengok TV baik duduk rumah.
restaurant |
Jadi ini adalah gambaran untuk ruang makan di hotel Tang. Makanan dia ada banyak pilihan dan boleh la pilih ikut selera masing-masing. Ada nasi lemak, mee goreng, careal, sosej dan macam-macam la. Kalau nak tahu datang makan sendiri. Semasa saya duduk sini, kebetulan ada sekumpulan guru-guru yang bermesyuarat di KK ini turut menginap di hotel ini. Diluar hotel ini ada kemudahan teksi jadi tak payah nak risau kalau perihal mendapatkan teksi. Bayaran dari Kota Kinabalu ke Airport RM 30.00 (mahalkan?) sedangkan jarak ke airport KKIA dalam 5KM saja.
Ohyaaa...lupa pula..bawah hotel ini ada shopping kompleks dan kalau nak happening sikit berjalanlah kaki ke Centre Point. Dalam 10 minit sampailah Centre Point (CP) KK tu. Kat CP ada tempat makan dan bagi kaki wayang bolehlah layan wayang di Growball Cineplex kat Palm Square, Centre Point Sabah.
Ok. Tu je..bye. tq sebab sudi baca. Jangan segan silu kalau nak komen. Have A Good Day..
Ohyaaa...lupa pula..bawah hotel ini ada shopping kompleks dan kalau nak happening sikit berjalanlah kaki ke Centre Point. Dalam 10 minit sampailah Centre Point (CP) KK tu. Kat CP ada tempat makan dan bagi kaki wayang bolehlah layan wayang di Growball Cineplex kat Palm Square, Centre Point Sabah.
Ok. Tu je..bye. tq sebab sudi baca. Jangan segan silu kalau nak komen. Have A Good Day..
ayam pun byk berkeliaran di sini..hehehe
ReplyDeleteCheap hotel deals & accommodation luxury rates hotel from 1000s of hotels around the in kota kinabalu budget hotel in kota kinabalu Get lowest rates for online hotel bookings at CELYNS.
ReplyDelete