Tuesday 23 July 2013

TIP SIHAT : JANGAN LAKUKAN 7 PERKARA INI SELEPAS MAKAN

Ramai dikalangan kita tidak menyedari perbuatan-perbuatan berikut sebenarnya mengudang masalah kesihatan kepada kita dalam jangka masa panjang. Jom sama-sama kita kongsikan bersama orang lain tip-tip berikut:


1. JANGAN MEROKOK
Kajian menunjukkan kesan bahaya merokok 1 bantang rokok selepas makan adalah sama seperti menghisap 10 batang rokok (risiko mendapat kanser adalah lebih tinggi). 

Kalau bab merokok lepas makan ni memang ramai kawan admin yang suka buat. Menurut mereka kalau tidak merokok nanti rasa mual.

2. JANGAN MAKAN BUAH

Memakan buah selepas makan akan menyebabkan perut kembung. Jadi dinasihatkan memakan buah sekurang-kurangnya 1-2 jam selepas makan atau 1 jam sebelum makan.

Kita selalu dinasihatkan supaya makan buah-buahan selepas makan sebagai pencuci mulut tapi sebenarnya tabiat pemakanan ini adalah tidak sihat. Pernah terbaca satu artikel dulu bahawa adalah lebih elok makan buah sebelum makan dan bukannya selepas makan. Ini adalah bagi memeberikan kita tempoh kekenyangan yang lebih lama.

Saturday 4 May 2013

CINTA: MENGAPA LELAKI JATUH CINTA DAN WANITA PUTUSKAN CINTA


CINTA? Adakah cinta itu satu perjudian dalam hidup? Mungkin bagi sesetengah manusia mereka akan berkata "Ya" dan tidak kurang juga yang akan berkata "TIDAK".

Bagi saya secara peribadi, cinta itu adalah perjudian. Kenapa? Jika kita renungkan dalam kehidupan alam percintaan kita selama ini ada masanya kita gembira dan kadangkala kita berada dalam kesedihan, kecewa dan merana. Bagi sang pemain yang hatinya sabar maka mereka akan meneruskan "perjudian" ini dan akhirnya mereka akan peroleh kemenangan iaitu "kehidupan bahagia abadi". Bagi mereka yang mudah mengalah mereka akan sering bertukar-tukar meja permainan untuk mencari lawan baru jika mereka tewas pada meja sebelumnya yang semestinya belum menjanjikan kemenangan mutlak yang mereka cari.

Perbezaan Antara Lelaki dan Wanita
Sumber

Friday 15 February 2013

IKAN TERUBOK MASIN KUCHING

Rasanya macam lama dah aku nak buat entry pasal Ikan Terubok Masin Sarawak yang memang top dan popular tu tapi malas nak pindahkan gambar dalam telefon so tak la dibuatnya entry ni. Entry tak ada gambar mana best kan..? 

Ok..kalau nak tau ikan terubok masin Sarawak ni memang sedap kalau digoreng ranggup dan cicah dengan air limau + cili padi...fuuhhh~~!! Meremang bulu...Biasa terubok masin ni popular di Kuching (Pasar Satok). Memang banyak pilihan kedai yang menawarkan harga yang pelbagai. Kalau yang berhajat nak bawa balik jauh dari Kuching macam ke Sabah atau Semenanjung pastikan tempat korang beli tu menyediakan perkhidmatan membungkus macam dalam gambar kat bawah ni nanti. Kebiasaanya ikan ni tahan dalam 3 4 hari dalam packing tu tanpa perlu diaiskan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...