CINTA? Adakah cinta itu satu perjudian dalam hidup? Mungkin bagi sesetengah manusia mereka akan berkata "Ya" dan tidak kurang juga yang akan berkata "TIDAK".
Bagi saya secara peribadi, cinta itu adalah perjudian. Kenapa? Jika kita renungkan dalam kehidupan alam percintaan kita selama ini ada masanya kita gembira dan kadangkala kita berada dalam kesedihan, kecewa dan merana. Bagi sang pemain yang hatinya sabar maka mereka akan meneruskan "perjudian" ini dan akhirnya mereka akan peroleh kemenangan iaitu "kehidupan bahagia abadi". Bagi mereka yang mudah mengalah mereka akan sering bertukar-tukar meja permainan untuk mencari lawan baru jika mereka tewas pada meja sebelumnya yang semestinya belum menjanjikan kemenangan mutlak yang mereka cari.
Perbezaan Antara Lelaki dan Wanita Sumber |
Ramai orang mengatakan cinta itu mengelirukan dan ini benar terutama untuk lelaki. Lelaki penuh dengan testosteron yang menyebabkan mereka senang terjerumus ke peringkat nafsu dalam proses jatuh cinta. Pada peringkat gila bayang atau angau, lelaki begitu terpengaruh dengan tahap testosteron mereka yang tinggi sehingga mereka tidak sedar lagi arah atas, bawah ataupun tepi. Apabila kegilaan berakhir, realiti yang tinggal selalunya menegecewakan. Mengapa? Persoalan ini perlu kita jawap dan fikirkan...wanita yang begitu menarik pada tengah malam semalam mungkin tidak sebegitu menarik keesokkan paginya apabila matahari terbit. Pernah suatu ketika dahulu saya mendengar seorang rakan mengungkapkan kata-kata sebegini "Perempuan (GRO) kalau malam bukan main cantik dan menarik tapi bila siang maaakkk aaiii..macam hantu". Wanita itu juga tidak sepintar yang disangka.
Oleh sebab pusat emosi dan berfikir berhubung dengan lebih baik di dalam otak wanita, dia tidak kehilangan kawalan disebabkan testosteron. Wanita mampu menilai dengan lebih mudah sama ada lelaki itu mempunyai potensi menjadi pasangan yang tepat untuknya. Inilah sebabnya mengapa kebanyakkan lelaki keliru dengan apa yang berlaku. Wanita berpisah dengan baik walaupun semasa meninggalkan lelaki. Dalam surat perpisahan, ada wanita yang mengakhiri nota dengan lakaran wajah gembira ataupun dengan kata-kata yang tetap menyayangi lelaki itu.
Diolah semula oleh ADMIN dari buku Why Man Don't Listen dan Women Can't Read Map
No comments:
Post a Comment