Tuesday 3 March 2015

BERCUTI DI KK : KLAGAN HOTEL @ KOTA KINABALU, SABAH

Sekadar berkongsi pengalaman menginap di Hotel Klagan Kota Kinabalu. Review ini tidak dibayar atau ditaja oleh pihak hotel tetapi hanya berdasarkan pengalaman-pengalaman peribadi semasa menginap di hotel ini.

Hotel Klagan yang terletak bersebelahan dengan CenterPoint Kota Kinabalu di bangunan Warisan Square. Di sekitar hotel di banyak tempat makan dan bar bar..711 pun ada berdekatan. So bagi yang suka jadi tikus memalam buta boleh la turun ke 711 beli maggie ke..haha... yang kaki wayang ada Growball Cinemax di Center Point. Starbuck, Secret Recipes Sushi King McD Kenny Rogers Pizza Huts KFC semua ada dalam Center Point.

Dalam bilik disediakan wifi tp wifi dia mcm leceh (ke aku yang tak reti guna). Dah duduk sini beberapa kali sebab faktor keselesaan dan kemudahan sekeliling memamg wifi dia tak berapa power la haha..kejap kejap putus..

Breakfast turut disediakan di tingkat paling atas siap dengan pemandangan laut ... memang terbaiklah. 

Keluasan bilik memang sangat memuaskan..siap ada kerusi malas yang sungguh selesa


Warna dinding bilik lain-lain.. yang ni oren..penah juga duduk bilik yang dindingnya hijau...

Monday 27 January 2014

SAZABI VER. KA WIP

After a few weeks I get my Sazabi Ver. Ka so here some update from me..(just photo sharing guys)

Photos from my Instagram before the paint job.




Monday 13 January 2014

GUNDAM : SAZABI VER. KA

Jadi semalam memang hari yang paling excited bagi aku la. Banyak benda yang meng-excited-kan sampai rasa nak deman. Mula-mula teman "Cik Puan" pergi pilih baju untuk pre-wedding photoshoot. Dari jam 11.00 pagi sampai 3.00 petang duduk di bridal..almaklum kena pilih 7 pasang baju, pilih background dan pilih tempat untuk shooting outdoor. Mujur 4 jam itu adalah 4 jam yang menyeronokkan tapi rasa mcm tak cukup. Tak terasa waktu berlalu. Ok..abaikan pasal bridal tu. Lepas abis urusan di Bridal aku ambil kesempatan untuk ke kedai Gundam sebab dah janji dengan tokei kedai untuk ambik "barang baik" yang dah ditempah sejak dari awal bulan November tahun lepas.


Besar tu kotak dia kan? Siap ada pelekat Fragile. Apa ada di dalam? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...