Tuesday, 3 March 2015

BERCUTI DI KK : KLAGAN HOTEL @ KOTA KINABALU, SABAH

Sekadar berkongsi pengalaman menginap di Hotel Klagan Kota Kinabalu. Review ini tidak dibayar atau ditaja oleh pihak hotel tetapi hanya berdasarkan pengalaman-pengalaman peribadi semasa menginap di hotel ini.

Hotel Klagan yang terletak bersebelahan dengan CenterPoint Kota Kinabalu di bangunan Warisan Square. Di sekitar hotel di banyak tempat makan dan bar bar..711 pun ada berdekatan. So bagi yang suka jadi tikus memalam buta boleh la turun ke 711 beli maggie ke..haha... yang kaki wayang ada Growball Cinemax di Center Point. Starbuck, Secret Recipes Sushi King McD Kenny Rogers Pizza Huts KFC semua ada dalam Center Point.

Dalam bilik disediakan wifi tp wifi dia mcm leceh (ke aku yang tak reti guna). Dah duduk sini beberapa kali sebab faktor keselesaan dan kemudahan sekeliling memamg wifi dia tak berapa power la haha..kejap kejap putus..

Breakfast turut disediakan di tingkat paling atas siap dengan pemandangan laut ... memang terbaiklah. 

Keluasan bilik memang sangat memuaskan..siap ada kerusi malas yang sungguh selesa


Warna dinding bilik lain-lain.. yang ni oren..penah juga duduk bilik yang dindingnya hijau...

Ruangan bilik ari memang cukup luas untuk mandi hihi...kalau nak menari memang tak muat la..


Ni dinding dia warna lain..pemandangan luar tingkap pun lain...apa yang lain?? Tu gamabr di bawah tu gambar dari bilik dinding hijau ni la..kalau yang dinding oren tu tingkap dia mengadap sebelah dalam bangunan. Harga pemandangan ini kita sebenarnya bayar.. nak view cantek kena cari yang bilik mahal lagi la haha... tp yang view bawah ni harga standard RM 290.00 (walk-in) kalau kadar kerajaan RM 200.00.


Pemandangan dapatkah sikit laut, sikit bandar dan sikit bukit..ok la kan..pemandangan 3 in 1.

Apa yang saya tak suka pasal hotel ini adalah jarak dari bilik ke lif.. maaakk aii..jauh giler..mcm bilik aku yang hijau ni di hujung dunia..lif pula di hujung satu lagi.. memang abis lah semua bilik orang kita lalu. Nak sangat view laut konon kan..ambik ko haha...

Oyaaa... hampir lupa... sapa yang suka shopping ikan kering mutiara dan sebagainya kalau datang Sabah KK terutamanya..hotel ini memang dekat sangat dengan pasar Kraftangan Kota Kinabalu (dulu orang cakap Pasar Pilipin) Tu..nampak dari bilik hotel yang atap biru putih tepi laut sebelah Le Meridien Hotel. Teksi pun senang nak dapat. memang depan-depan pintu masuk hotel ja ada kaunter teksi. Kadar tambang teksi dari hotel ke KKIA adalah RM 30.00. Kalau lebih maknanya anda kena tipu dengan pemandu teksi.

Nak booking bilik saya sarankan booking melalui Expedia.com atau mana-mana booking website yang mungkin boleh dapat bilik yang murah. Saya suka guna expedia sebab dia kirakan sekali nilai cukai yang perlu dibayar dan one-off payment. Senang tak payah pening fikir nilai cukai yang bakal dikenakan hotel.

Sekian hahaha..jumpa lagi..selamat membaca entry yang lain pula..

1 comment:

  1. nak tnya, kalau dri hotel ni ke le meridien tuu jauh sgt x? boleh jalan kaki or kena amik teksi or grab gitu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...