Tuesday, 23 July 2013

TIP SIHAT : JANGAN LAKUKAN 7 PERKARA INI SELEPAS MAKAN

Ramai dikalangan kita tidak menyedari perbuatan-perbuatan berikut sebenarnya mengudang masalah kesihatan kepada kita dalam jangka masa panjang. Jom sama-sama kita kongsikan bersama orang lain tip-tip berikut:


1. JANGAN MEROKOK
Kajian menunjukkan kesan bahaya merokok 1 bantang rokok selepas makan adalah sama seperti menghisap 10 batang rokok (risiko mendapat kanser adalah lebih tinggi). 

Kalau bab merokok lepas makan ni memang ramai kawan admin yang suka buat. Menurut mereka kalau tidak merokok nanti rasa mual.

2. JANGAN MAKAN BUAH

Memakan buah selepas makan akan menyebabkan perut kembung. Jadi dinasihatkan memakan buah sekurang-kurangnya 1-2 jam selepas makan atau 1 jam sebelum makan.

Kita selalu dinasihatkan supaya makan buah-buahan selepas makan sebagai pencuci mulut tapi sebenarnya tabiat pemakanan ini adalah tidak sihat. Pernah terbaca satu artikel dulu bahawa adalah lebih elok makan buah sebelum makan dan bukannya selepas makan. Ini adalah bagi memeberikan kita tempoh kekenyangan yang lebih lama.


3. JANGAN MINUM TEH

Daun tea mengandungi paras asid yang tinggi dan kandungan ini akan menyebabkan kandungan Protein di dalam makanan yang kita makan menajdi keras dan sukar untuk dicernakan.

Ini pun ramai yang suka buat terutama kalau makan di kedai-kedai. Mesti kita hendak pesan Tea O Ais (sedapnya~~). Apatah lagi lepas makan terus minum tea o ais..fuhhh...segar siottt~!! Tapi awas, ada kesan yang kita tidak ketahui. Sebab itu orang yang ada gastrik tidak digalakkan minum tea dan orang yang cirit birit disuruh minum tea supaya sila buangan kita tu menjadi keras.


4. JANGAN LONGGARKAN TALI PINGGANG ANDA

Melonggarkan tali pinggan selepas makan akan menyebabkan usus kita terpulas (twisted) dan sumbat.

Kalau dah makan terlampau kenyang suka kita (terutama lelaki) melonggarkan tali pinggang dengan alasan supaya perut tidak terasa senak dan sesak tapi di dalam keselesaan kita ini sebenarnya mengundang kesan yang lebih merbahaya. Bayangkan apa akan jadi kalau usus terpulas atau sumbat?? Kalau tau nak makan a.k.a melantak longgarkan tali pinggang tu awal-awal yer tak? haha...ataupun guna sarung atau seluar getah =p


5. JANGAN MANDI

Mandi selepas makan akan mengakibatkan kenaikan kadar pengaliran darah ke tangan, kaki dan badan (bunyi macam bagus kan? ) tapi pada masa yang sama darah disekeliling perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita. Ada orang cakap nanti perut jadi bunci haha...

Selalu kita dengar orang cakap "lepas makan baru mandi". Yelah kalau mandi dulu baru makan nanti makanan sejuk la. Tak pun alasan lain "kalau mandi nanti nak masak lagi lekat bau makanan kat rambut". Lainlah kalau ada "tukang masak" kat rumah senanglah.


6. JANGAN TERUS BERJALAN-JALAN.

Orang selalu berpendapat lepas makan dan berjalanlah sebanyak 100 langkah dan anda akan hidup sehingga 99 tahun. Tapi hakikatnya fakta menunjukkan sebaliknya. Berjalan selepas makan sebenarnya mengakibatkan sistem pencernaan kita gagal untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang kita makan.

So kalau kat shopping mall tu lepas makan eloklah duduk diam-diam dulu ambil masa rehat 10-15 minit sebelum meneruskan explorasi anda di kedai-kedai.Tapi admin suka buat macam ni sebab tak suka duduk kedai makan lama-lama. Rasa macam masa tu terbazir je hihihi....


7. JANGAN TERUS TIDUR

Makanan yang ditelan tidak akan tecerna dengan baik dan sepenuhnya. Ini akan mengakibatkan gastrik dan jangkitan pada usus.

Inilah yang paling best. Lepas kenyang terus tidur memang indahlah orang kata tapi tabiat ini memberikan kesan kesihatan yang sangat teruk.  Mendiang nenek dulu selalu pesan dan tegur kami lepas makan jangan terus tidur atau baring nanti jadi pemalas katanya. Nanti nasi masuk tulang dan jadi pemalas (mana orang tua dapat teori ni pun admin tak tau tapi orang2 tua suka bercakap berkias dan menakut-nakutkan budak dan apa yang mereka perkatakan itu ada hikmah juga walaupun seakan tak logik).



SUMBER ARTIKEL
SUMBER GAMBAR MELALUI GOOGLE

3 comments:

  1. Izinkan sy copy dan send ke whatsapp :-)

    ReplyDelete
  2. Sye ingin mminta kbenaran meng'screen shot'kan pnduan ksihatan bguna ini... supaya boleh dikongsi amalan kesihatan ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...