Thursday, 5 July 2012

API-API CENTRE APARTMENT, KOTA KINABALU, SABAH (2)

Sebelum ini saya ada ceritakan pasal Studio Apartment Api-Api. Jadi kali ini saya nak berkongsi 1 lagi apartment yang pernah saya duduki dan kedudukan apartment kali ini adalah bersebelahan pintu saja dengan yang sebelum ini. Reka bentuk semua hampir sama cuma perabot ada kelainan sikit. Kemudahan dalam apartment ini adalah sama saja macam yang sebelum ini iaitu mempunyai siaran astro, sterika, air panas, dapur masak, pinggan mangkuk dan lain-lain lagi la. Rejoice~~!!

Studio Apartment 2

Tengah tengok Hawaii Five-O
Ada extra bed lagi tu. Muat untuk 3 orang

Ada sofa yang selesa dan dapur

Bilik Air dan kemudahan pemanas air

Branda untuk jemur baju yang pasti kering.

Owner kepada apartment ini sama dengan apartment yang lepas.

p/s: Booking awal untuk mengelakkan kempunan merasa =p

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...