Menjadi kebiasan apabila saya p outstation, saya suka menginap di pelbagai hotel. Bukan apa sebab inilah masa dan peluang untuk merasa perkhidmatan yang ada di hotel-hotel yang diduduki. Tapi hotel-hotel ini adalah pada kadar yang berpatutan saja k sebab ianya dibiayai oleh majikan so tak boleh lebih-lebih.
Untuk kali ini, saya nak kongsikan tempat paling best (pada pandangan saya lah). Saya paling suka tinggal di sini sebab ia murah, bersih, selesa dan luas. Tempat kali ini adalah Api-Api Centre Apartment. Lokasi Apartment ini bersebelahan dengan Marina Court dan bertentangan dengan Centre Point Sabah dan Warisan Square.
|
Permandangan Centre Point Sabah) |
Api-Api ini disepertinya milik persendirian jadi orang yang menguruskan tempat ini pun pelbagai. Tapi saya biasa dengan pemilik yang 1 ini lah. Apartment yang disediakan ada pelbagai jenis seperti Studio Apartment, Apartment 1 bilik dan juga Apartment 2 bilik. Harga dalam lingkungan RM 100.00 - RM 150.00 satu malam. Jadi tak payah tulis panjang-panjang. Korang nilai sendiri macam mana keselesaan berdasarkan gambar-gambar kat bawah. So far saya memang tak da complaint lah dengan perkhidmatan di Apartment ni. Service dia sama macam hotel.
Studio Apartment 1
|
Selesa dan Luas |
|
Ada sofa dan coffee table. Tuala mandi pun dibekalkan |
|
Dapur boleh masak-masak. Semua tersedia |
|
Cuma ruang letak baju je la tak best |
|
Bilik Air (feel like home). Sabun dibekalkan |
|
Ada Sterika beserta Board |
|
Kat luar ini boleh jemur baju. Comfirm kering punya la. |
Walaupun tadi saya cakap tak ada complain namun masih ada juga kelemahan di dalam Apartment ini cuma bagi saya itu bukan isu besar. Aircord dia bising sikit sebab aircord lama tapi maintain sejukk~~!!
Saya suka duduk sini sebab segala kemudahan tersedia. Kat tingkat bawah ada McD, teksi sentiasa ada kat bawah menunggu. Nak shopping pun dekat. Kalau malam-malam lapar kedai mamak banyak kat bawah ini tapi kalau malas dan nak jimat buat macam saya buat. Beli bekalan meggi + sosej + sayur kat Center Point then masak sendiri (menjadi kebiasaan sebab selalu stay sampai 3-4 hari).
Jadi sesiapa yang bawa family ramai-ramai p KK boleh la try apartment ni. Murah dan selesa.
p/s : tapi awas kerana anda mungkin kempunan nak stay sini kalau tak booking awal sebab selalunya penuh.
boleh tau tak macam mana nak buat booking dkt apartment nie?
ReplyDeleteMaaf lambat reply. Boleh call En. Mainul 0198317356
DeleteMaaf lambat reply. Boleh call En. Mainul 0198317356
Deletestil ada kosong...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete