Kadang-kadang saya rasa sangat beruntung sebab saya dapat menginap di pelbagai hotel yang saya nak asalkan tidak melebih kadar yang ditetapkan oleh majikan bila saya ada tugas luar. Jadi setiap kali ada peluang outstation saya akan cuba mana-mana hotel yang bersesuaian. Lepas tu duduk sehari dua dan buat la sedikit komen untuk perkongsian bersama untuk kebaikan bersama.
Kali ini saya nak berkongsi sedikit ulasan tentang Hotel Cititel Kota Kinabalu.
Cititel Kota Kinabalu Gambar Milik malaysianpackages.com |
Hotel ini terletak betul-betul di tengah Asia City, Kota Kinabalu. Memang strategik untuk para pengunjung yang ingin bercuti di Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai KK ni. Hotel ini memang dikelilingi dengan gerai-gerai makanan jadi tak susah nak cari makanan kat kawasan ini. Tidak jauh dari hotel ini juga terdapat restoran Seafood yang sangat besar dan luar.
Harga bilik adalah berbeza mengikut jenis dan saiz. Yang best tentang hotel ini adalah terdapat government rate jadi penjawat awam akan dapat diskaun kalau menginap di hotel ini (tapi jangan lupa bawa ID atau pun surat pengesahan yer..)
Cuma 1 yang saya tidak berkenan dengan hotel ini adalah bilik dia kecil dan sangat sempit. Dibawah ni saya ada sedikit gambar untuk perkongsian bersama.
Tilam empuk yang tersangatlah selesa |
LCD TV with Astro channels. Ada hair-dryer sekali. |
Rekaan bilik air yang menarik |
Ada water-heater jadi tak perlu takut mandi kesejukkan |
Pemandangan dari bilik. Api-Api Centre disebelah kiri hujung saaanaaa dan Centerpoint KK di sebelah kanan |
Jadi sesiapa yang nak bercuti ke KK bolehlah cuba hotel ini tapi seperti yang saya katakan tadilah..ruangan bilik agak sempit.
No comments:
Post a Comment