Kali ni saya nak kongsikan pula pengalaman saya menginap di sebuah hotel berstatus Butik Hotel iaitu KK Waterfront Hotel. Kalau dah namanya Butik Hotel ni memanglah rekaan dia vavavooomm la kan. Harga pun semput nak membayarnya. Tapi masa saya pergi aritu dia ada buat diskaun sempena perasmian pembukaan jadi semua bilik harga RM100.00. Sekarang harga dah naik melambung macam Mael Lambung. Paling murah RM128.00 bilik tanpa tingkap yang buatkan anda tak sedar siang atau malam.
Kaunter Daftar Masuk |
Saya menginap di hotel ni selama 2 malam ja dan ia cukup memberikan saya satu gambaran, persepsi dan pengalaman yang kurang enak dan tidak bersesuaian dengan status hotel ni. Mungkin kekurangan ini berpunca dari kurangnya pengalaman dalam pengurusan hotel atau mereka sebenarnya belum bersedia menerima kehadiran pelanggan. Bunyi macam negatif jer kan? Ini sekadar pengalaman peribadi saya yang mungkin ketika itu tidak bernasib baik la kot.
Saya komen dulu tentang suasana di hotel ini. Kedudukan hotel ini memang strategik dan saya kategorikan hebat sebab ia terletak di zon elit Kota Kinabalu iaitu di Warisan Square (belakang Centre Point Sabah dan berdepan dengan Waterfront KK). Hotel ni memang dikelilingi dengan outlet-outlet yang hebat seperti Starbucks, Secret Recipes, Spa-spa, Guardian, Big Apple dan sebagainya. Nak dapatkan perkhidmatan teksi pun senang. Nak suka berhibur di pusat hiburan pun depan mata ja. Bilik dia memang selesa dan cozy. Perfect~!!
Tilam empuk dan sangat selesa |
LCD TV dengan siaran Astro |
Kemudahan dalam bilik memang baik. Seperti yang ada dalam gambar anda nampak cerek, air minuman dan juga cawan untuk kemudahan pelanggan. TAPI jangan hairan jika anda tidak dibekalkan dengan minuman 3 In 1. Saya menginap selama 3 hari 2 malam sebungkus 3in1 pun tak dapat tapi kawan-kawan bilik lain dapat pula (Kehairanan 1). Bilik langsung tidak dikemas. Tidak seperti kebiasaan hotel-hotel lain kalau masa tu kita keluar p mana-mana awal pagi bila balik kita masuk bilik dah kemas cantik dah. Hati kita pun senang la kan. Tapi yang ini memang langsung tidak dikemas. Bila tidak dikemas alamatnya semua benda la tidak di top up macam air minuman, sabun, tuala dan segala yang patutlah. Kalau habis nasib la terpaksa minta kat kaunter bawah (kot). Bilik kawan-kawan lain dikemas pula (Kehairanan 2).
Toiletries yang disediakan |
Cantik kan? |
Yang saya PALING TERKILAN DAN KECEWA adalah bila saya daftar masuk pada petang tersebut iaitu kira-kira jam 5.00 petang, saya berharaplah selesai saja proses daftar masuk dan serahan kunci boleh la baring-baring kejap walaupun jarak perjalanan saya tak lah jauh mana..dari Labuan je pun tapi tetap kepenatan juga kan. Bila saya buka je pintu bilik..terkezuttt beruk dan saya ingatkan salah bilik. Beberapa kotak rokok serta puntung rokok bersepah di atas katil dan lantai. Selimut bergulung atas tilam dan bilik memang dalam keadaan haru biru dengan bau asap rokok lagi (tak sempat ambik gambar sebab terkezuttt). Terus saya p kaunter buat aduan. Ok la pekerja dia bagus dan minta maaf tapi saya kena tunggu dalam 30 minit (konon-konon lah) lagi baru dapat masuk utk diorang kemas (untuk pengetahuan saya dah buat advance booking sebelum saya berlepas lagi dari Labuan pada tengahari jadi perkara ini tidak seharusnya berlaku). Bila dah siap, naik la lagi dan bila check-check tuala mandi pula tak ada. Minta lagi kat bawah. Dah la tunggu lebih dari 30 minit, lepas tu ada lagi kurang.
Kawasan sekitar hotel |
Pada hari kedua pula, balik ja dari meeting dalam keadaan kepenatan jadi memasang harapan untuk melabuhkan badan di atas tilam. Bila nak masukkan kad pintu...tetttttttt..LED merah kan tombol tu menyala jadi maksudnya error ler..tak leh buka pintu pula. Turun lagi ke kaunter untuk betulkan. Lepas settle semua, masuk bilik ...hmmm...hampeh..tau-tau la kan sebab apa..tadi ada mention masalah dia..
Bilik memang cantik dan lawa |
Patutlah pagi sebelum p meeting masa tu saya duduk di lobi ada nampak pelanggan bercakap secara kasar dengan Receptionist sambil tunding jari telunjuk cakap "Don't forget to clean the room". Dalam hati saya bermonolog "kasar juga orang ni, tak reti cakap elok-elok ker?" Bila petang saya balik dan tengok keadaan bilik saya macam tu baru saya faham kenapa kejadian pagi tadi tu berlaku. Mungkin pelanggan tu dah stay 2 3 hari di situ dan dia naik geram.
Apa-apa pun bukan niat untuk berikan review yang tidak baik cuma ini adalah pengalaman peribadi sepanjang berada di sana. Mungkin saya yang kurang bernasib baik tapi tak apa ia tetap satu pengalaman yang boleh dijadikan cerita. Secara keseluruhannya "NICE AND BEAUTIFUL HOTEL WITH LACK OF MANAGEMENT SKILLS"
Sekarang rasanya dah bertambah baik kot perkhidmatan dia. Saya pun rasa macam berat hati dah nak tinggal sana. Bagus lagi saya menginap di Studio Apartment di Api-Api. Murah, Bersih dan Selesa.
p/s : Saya menginap di sana dari 19-21 Mei 2012.
Ni saya share hotel punya website http://www.kkwaterfronthotel.com.
No comments:
Post a Comment