Sedang-sedang menaip senarai nama untuk cabutan bertuah (kitaorang minggu depan nak sambut hari raya peringkat jabatan jadi ada aktiviti tiket bertuah so kena kumpulkan semua nama kakitangan dan keluarga dan taip!! Idea yang kurang praktikal tapi nak buat macam manakan..SYMP. Ikut je la permintaan bos wahal saya ada idea yang lebih baik dan mudah. Tapi takpe...buat je) tertiba terfikir tentang kepimpinan. Dah beberapa kali dah saya sampaikan tajuk ini semasa menjalankan kursus-kursus peringkat jabatan namun rasanya ilmu yang disampaikan itu dirasakan tidak lahir dari pemikiran malah lebih menjurus kepada apa yang tercatat di dalam buku semata-mata.
Namun kali ini, saya zahirkan dari hati yang ikhlas ciri-ciri KEGAGALAN SEORANG PEMIMPIN dalam menguruskan organisasi dengan baik. Semua ini berdasarkan pengalaman sepanjang bergelar penjawat awam selama beberapa tahun dan sedikit pengalaman bekerja di syarikat swasta terdahulu.
Bagi saya, ini mungkin lebih bersifat kepada pendirian dan pendapat peribadi namun jika diselami dan difahami mungkin ada benarnya dan saya percaya ada dikalangan kita yang pernah merasai pengalaman-pengalaman berhadapan dengan pemimpin-peminpin yang sedemikian.
Dibawah saya senaraikan ciri-ciri yang dirasakan benar (tolong betulkan jika ada kesilapan)
1. Bersikap berat sebelah
- bersikap tidak adil kepada staf/kakitangan dalam segala hal. Lebih mementingkan kroni-kroni dan favourite person.
2. Mudah dipengaruhi atas hasutan pihak lain
- mudah untuk DIPERBODOHKAN oleh kaki bodek / kipas.
3. Gagal mewujudkan suasana harmoni dalam
organisasi/masyarakat
- malah menjadi pemangkin kepada suasana tegang dalam organisasi dengan sikap yang berpuak-puak.
4. Sentiasa mengharapkan orang lain menghormati nya tapi
dirinya gagal menghormati orang lain
- Usah mengharapkan orang lain untuk menghormati anda jika anda sendiri tidak menghormati orang lain.
5. Gagal mendamaikan pihak yang sedang bertelangah
- Ketua sepatutnya berperanan dalam menyelesaikan konflik di dalam organisasi bukannya menjadi batu api dan bersikap tidak profesional serta sering mempertahankan pihak yang salah (kaki bodek).
6. Menjalinkan hubungan sulit dengan pekerja (terutamanya
yang sudah berkahwin)
- sesungguhnya ini dalam perbuatan yang paling keji dan dimurkai oleh Tuhan tak kira apa agama sekalipun. Di dalam agama Kristian, perbuatan ini terkandung di dalam 10 Commandments yang wajib dijauhi. Perbuatan ini bukan sahaja akan menberikan kesan buruk kepada organisasi malah institusi kekeluargaan pihak yang terlibat. Jauhi SKANDAL PEJABAT!!
7. Bertindak atas "maklumat" yang tidak tepat
(khabar angin)
- menghukum kakitangan tanpa maklumat yang tepat dan hanya bersandarkan khabar angin dan fitnah. Ini akan merosakan hubungan hormoni di dalam organisasi. PERCAYALAH!!
8. Mudah buta hati dengan dakyah-dakyah palsu
- Ketua sepatutnya bersifat adil dan telus terhadap semua kakitangannya tak kira betapa busuknya hati pihak lain yang cuba mempengaruhinya kerana sikap ini akan memberi kesan di kemudian hari kepada organisasi. Malah sebagai ketua, wajar untuk beliau menyiasat setiap kejadian sebelum mempercayai maklumat yang disampaikan.
9. Tidak mesra dan angkuh (tinggi hidung)
- pangkat dan darjat bersifat sementara. Jika sering riak dengan pangkat tersebut hukum karma sedang menunggu. Jangan angkuh dan sombong jika jenazah tu tak pandai bergolek sendiri ke lubang kubur.
10. Tidak menghargai para pekerja yang telah bertungkus
lumus dalam menjalankan kerja
- hanya tahu mengherdik dan maki hamun jika tersilap namun ungkap terima kasih sukar sekali diungkapkan jika kakitangan bertindak cemerlang.
11. Melayan pekerja seperti hamba abdi (kalau bapak dia punya
kompani lantak dia la...)
- Sesetengah ketua/pegawai atasan sering beranggapan bila sudah memenggang jawatan tinggi mula la bersikap seperti organisasi tersebut milik persendirian. Sikap toleransi langsung dibuang di tong sampah. Jika ada kakitangan yang membuat kesilapan maka segala maki hamun sumpah seranah dikeluarkan tanpa sebaris ayat pun bersifat membimbing dan memberi tunjuk ajar. Ketua yang baik adalah mereka yang sering menegur (secar berhemah) dan memberikan tunjuk ajar kepada setiap kesilapan yang dilakukan oleh kakitangannya.
12. Bermulut celupar (jenis suka maki hamun dan tidak
mengambil kira perasaan orang lain)
- Dalam kita bekerja, kita berhubung dengan manusia yang ada hati dan perasaan jadi jagalah pertuturan kita walaupun kakitangan kita melakukan kesilapan.
13. Suka memalukan pekerja di depan orang ramai (dia berasa
bangga dan gah sebab rasa ada power kot)
- Sikap yang paling hina dan cilakak yang ada pada pemimpin begini adalah sebenarnya mereka tidak layak menjadi pemimpin kerana asas kepada "Kepimpinan" tidak gagal dipatuhi. Sekali lagi ingat bahawa mungkin orang yang dihina dan diperlekehkan ini suatu masa nanti merupakan orang pertama menghulurkan bantuan kepada anda semasa anda dalam kesulitan. Bayangkan sekiranya orang yang kita hina ini lah satu-satunya harapan untuk mengeluarkan anda dari belenggu masalah suatu masa nanti. tidak malukah anda untuk meminta bantuan daripadanya? Adakah dia masih sudi membantu anda pada masa tu walaupun anda mungkin dalam keadaan nyawa-nyawa ikan? Setiap orang ada maruah dan bagi kita mungkin maruah dia itu tidak memberi makna kepada kita namun bagi individu tersebut mungkin maruah adalah segala-galanya dan sekali dia dimalukan mungkin akan memberi kesan buruk sepanjang hayatnya.
14. Merendah-rendahkan kebolehan dan memperlekehkan kelemahan orang lain.
- Lu pun tak sempurna bro!! Kalau anda merasakan anda cukup sempurna sebenarnya anda tersilap besar. Usah riak dengan kelebihan yang ada kerana mungkin hari ini anda mempersendakan orang yang gagap dan esok usah terkejut jika anda mungkin bisu. Hari ini anda riak dengan pangkat dan wang yang anda miliki, esok anda mungkin seorang pengganggur yang tidak punya apa-apa.
Sekian, maaf jika ada terkasar bahasa dan typo atau tidak faham..
Ikhlas dari hati...
Jerangkung Malam
hmmm..setuju. semoga kita juga turut dijauhkan dari terbuat mende2 macam ni
ReplyDeleteYup...sling ingat mengingati spya kita leka..
ReplyDelete