Friday, 7 September 2012

KEPIMPINAN YANG GAGAL

Lama dah tak menjengah ke blog kedua aku ni. Sejak akhir-akhir ini ada kesibukan sedikit dan idea untuk memblog pun kurang. Lagipun sepanjang minggu ini saya kena demam dan batuk namun digagahkan juga untuk turun bekerja (sebab malas rasa nak ambik MC). Memang dah nak musim deman ini jadi jagalah kesihatan masing-masing ya!

Sedang-sedang menaip senarai nama untuk cabutan bertuah (kitaorang minggu depan nak sambut hari raya peringkat jabatan jadi ada aktiviti tiket bertuah so kena kumpulkan semua nama kakitangan dan keluarga dan taip!! Idea yang kurang praktikal tapi nak buat macam manakan..SYMP. Ikut je la permintaan bos wahal saya ada idea yang lebih baik dan mudah. Tapi takpe...buat je) tertiba terfikir tentang kepimpinan. Dah beberapa kali dah saya sampaikan tajuk ini semasa menjalankan kursus-kursus peringkat jabatan namun rasanya ilmu yang disampaikan itu dirasakan tidak lahir dari pemikiran malah lebih menjurus kepada apa yang tercatat di dalam buku semata-mata. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...