Thursday 12 January 2012

PERJALANAN DARI LABUAN KE KOTA KINABALU

W.P Labuan merupakan Wilayah Persekutuan ke-2 selepas Kuala Lumpur. Selalu orang kalau tanya "Labuan,Sabah?" atau dalam alamat surat menyurat tulis.."W.P. Labuan, Sabah". This is totally wrong guys..Labuan adalah Labuan seperti juga Putrajaya adalah Putrajaya bukannya "Putrajaya, Selangor" So dulu-dulu memang Labuan dalam Sabah tapi setelah diisytihar sebagai W.P so Labuan terkeluar dari Sabah. Malah sistem pentadbiran adalah terkecuali dari Sabah sebab Labuan bukan dalam Sabah. Ok..done with that.

BETA Apartment - Ujana Kewangan - Hotel Grand Dorsett - Labuan Port

Seperti yang diketahui umum Labuan adalah sebuah pulau bebas cukai tapi barangan dia tak la semurah yang disangka hihihi...hanya rokok, arak/beer, kereta & cokolat yang murah. Lain-lain murah lagi di KK (so..langsung TAK MACAM DI KK) haha...So bagi yang berminat nak ke Labuan terdapat beberapa kaedah untuk sampai ke Pulau yang aman damai dan sunyi sepi ni...(saya sangat suka keadaan ni...pergi kerja balik kerja tak jem sangat dan segala-galanya dekat)


Terminal Feri Antarabangsa Labuan.

Untuk yang suka memandu (macam aku la tu hiihiiii...) anda boleh menggunakan perkhidmatan feri kenderaan dari Terminal Feri (belakang Public Bank Labuan). Harga untuk 1 perjalanan ke daerah Menumbok, Sabah adalah RM 40+RM 14 (cukai pendaratan <--bebas cukai ke macam ni?) untuk sedan. MPV & SUV lain harga. Penumpang RM 2.50 perkepala.

Sebelum boarding dalam feri kena la melalui pihak Kastam DiRaja Malaysia dulu..check-check mana la tau ada seludup barang keluar ke..arak lebih kena bayar cukai okai..haha..lepas tu kena p kaunter feri kat sebelah kiri untuk dapatkan boarding pass...lepas tu baru masuk.

Feri Besar - Wawasan Perdana

Besarkan feri dia...atas tu ada ruangan tengok movie ber-aircon tau..ada kantin boleh beli magi cup dan makanan lain sambil layan movie screen besar. Kalau feri kecil tak ada la fasiliti ni tapi boleh menikmati permandangan laut pula...

 Feri Kecil

Sangkut tu bila nak naik..sayang nya bodykits cium lantai feri

Perjalanan dari Labuan ke Menumbok lebih kurang 1 jam setengah ke 2 jam bergantung dengan keadaan pasang surut air laut.

 Menumbok, Sabah

Kampung sekitar jeti Menumbok

Perjalanan dari Menumbok Ke Kota Kinabalu mengambil masa dalam 2 jam - 3 jam bergantung dengan kelajuan. Jarak dalam 140km. Memandu ke KK sangat simple sebab tak banyak simpang-siur. Yang penting ikut je signboard "Kota Kinabalu"

Roundabout Menumbuk

Sepanjang perjalanan hati-hati dengan sapi (lembu) atau karabau di tepi jalan. Lebih kurang 33 km dari Menumbok, akan terjumpa 1 roundabout ke Kuala Penyu dan Kota Kinabalu . Cantik roundabout tu sebab tengah-tengah dia ada dibina beberapa ekor penyu gergasi.



Sepanjang perjalanan akan ada "race track" di jalan Klias..mari tekan paddle up to 140-170 km/h hihihi..hati-hati jangan lost control masuk sawah padi kang..haha..anda juga akan melalui beberapa buah pekan kecil seperti Membakut, Bongawan, Kimanis, Papar, Kinarut, Lok Kawi, Putatan baru la sampai KK. Anda juga akan dapat menyaksikan projek pembangunan Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) milik Petronas di Kimanis.

Kota Kinabalu

7 comments:

  1. TENTU ANDA SYOK MELAWAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN DAN BERPELUANG MEMANDU DARI KOTA KINABALU KE PEKAN MENUMBUK.TAHNIAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Enku..mmg seronok tp lama lama duduk pulau ni pun bosan juga.. hampir 5 tahun duduk pulau ni haha

      Delete
  2. Aq duduk labuan sehari pn dah boring..

    ReplyDelete
  3. Aq duduk labuan sehari pn dah boring..

    ReplyDelete
  4. Aq duduk labuan sehari pun dah boring tpi nasib my love kat sni buat pnceria hati

    ReplyDelete
  5. Aq duduk labuan sehari pun dah boring tpi nasib my love kat sni buat pnceria hati

    ReplyDelete
  6. Cukai pendaratan tu d byr kpd Jabatan Pelabuhan dn Dermaga Negeri Sabah.. bkn Labuan.. Sekian..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...