Friday, 10 August 2012

TANG DYNASTY HOTEL KOTA KINABALU

Wa...lama rasanya blog ini tak di update. Mana tidak balik-balik update Blog ANAK MENSIA. Pada entry kali ini, saya nak kongsikan sedikit tentang hotel (hotel lagi nampaknya LoL) yang ada di Kota Kinabalu yang pernah menjadi persinggahan jika ada kesempatan. Hotel yang bakal menjadi mangsa kali ini adalah Hotel Tang Dynasty Kota Kinabalu. Mengapa saya katakan menjadi mangsa sebab kalau saya tak puas hati dan jika saya kebetulan melalui pengalaman yang kurang enak sepanjang berada di hotel tersebut, saya akan nyatakan terus terang tanpa perlu berselindung. Mengapa saya begitu kejam? Ini bukan kes kejam sebab kita bayar mahal-mahal tapi last2 servis yang kita dapat tidak setimpal dengan bayaran tersebut. Yer tak? 

Tapi pada kali ini, saya tidak akan membuat review sekejam entry sebelum ni sebab saya tidak mengalami sebarang ingauan ngeri sepanjang berada di hotel ini. Secara keseluruhannya saya memang berpuas hati duduk kat hotel ini cuma kalau nak guna Wifi kena beli kupon kat receptionist.

Pinjam gambar ianbakar.blogspot

Hotel Tang Dynasty ini terletak memang di tengah-tengah pusat bandar Kota Kinabalu dan kedudukan dia bersebelahan dengan Api-Api Centre. Kalau yang datang dari arah Lapangan Terbang Kota Kinabalu pasti hotel ini akan terus menjadi titik fokus anda sebaik sahaja anda melalui flyover di Ming Garden Hotel.

Hallway ke Bilik

Monday, 30 July 2012

KOLEKSI GAMBAR DI AWAN BIRU VERSI 2 (SENJA & MALAM)

Pada entry terdahulu, saya ada kongsikan sedikit gambar dari awan biru versi siang hari. Namun pada kali ini saya akan berkongsikan sedikit gambar yang diambil pada watu senja iaitu sekitar jam 1800 hrs ke 2000 hrs (6-8 pm). Gambar-gambar ini adalah gambar yang diambil dari Airbus 330 penerbangan dari Kota Kibabalu ke Kuala Lumpur.

Gambar-gambar ada sedikit gegeran dan blur...almaklumlah susah nak timing kalau benda bergerak ini. Ditambah lagi guna kamera & lens basic (Canon 1000D; 18-55mm).

Sayap yang besar dan panjang
Cantik awan ini

Thursday, 5 July 2012

API-API CENTRE APARTMENT, KOTA KINABALU, SABAH (2)

Sebelum ini saya ada ceritakan pasal Studio Apartment Api-Api. Jadi kali ini saya nak berkongsi 1 lagi apartment yang pernah saya duduki dan kedudukan apartment kali ini adalah bersebelahan pintu saja dengan yang sebelum ini. Reka bentuk semua hampir sama cuma perabot ada kelainan sikit. Kemudahan dalam apartment ini adalah sama saja macam yang sebelum ini iaitu mempunyai siaran astro, sterika, air panas, dapur masak, pinggan mangkuk dan lain-lain lagi la. Rejoice~~!!

Studio Apartment 2

Tengah tengok Hawaii Five-O

API-API CENTRE APARTMENT, KOTA KINABALU, SABAH

Menjadi kebiasan apabila saya p outstation, saya suka menginap di pelbagai hotel. Bukan apa sebab inilah masa dan peluang untuk merasa perkhidmatan yang ada di hotel-hotel yang diduduki. Tapi hotel-hotel ini adalah pada kadar yang berpatutan saja k sebab ianya  dibiayai oleh majikan so tak boleh lebih-lebih.

Api - Api Centre (gambar milik cheapmalaysiahotels.net)
Untuk kali ini, saya nak kongsikan tempat paling best (pada pandangan saya lah). Saya paling suka tinggal di sini sebab ia murah, bersih, selesa dan luas. Tempat kali ini adalah Api-Api Centre Apartment. Lokasi Apartment ini bersebelahan dengan Marina Court dan bertentangan dengan Centre Point Sabah dan Warisan  Square

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...