Monday, 2 July 2012

CITITEL KOTA KINABALU

Kadang-kadang saya rasa sangat beruntung sebab saya dapat menginap di pelbagai hotel yang saya nak asalkan tidak melebih kadar yang ditetapkan oleh majikan bila saya ada tugas luar. Jadi setiap kali ada peluang outstation saya akan cuba mana-mana hotel yang bersesuaian. Lepas tu duduk sehari dua dan buat la sedikit komen untuk perkongsian bersama untuk kebaikan bersama.

Kali ini saya nak berkongsi sedikit ulasan tentang Hotel Cititel Kota Kinabalu.

Cititel Kota Kinabalu
Gambar Milik malaysianpackages.com

Wednesday, 29 February 2012

JALAN-JALAN DI PORING HOT SPRING, RANAU, SABAH

Cuti CNY lalu aku ambil kesempatan jalan-jalan pergi PORING HOT SPRING kat RANAU, SABAH. Perjalanan dari Kota Kinabalu lebih kurang dalam 3 jam (lebih kurang 180 KM dari Kota Kinabalu).

http://myborneoisle.blogspot.com/
Pendakian ke Kundasang-Ranau

Sepanjang perjalanan ada la stop kat Kundasang jap beli-beli sayur. Sayur kat sini agak murah dan biasa diorang jual 3-RM10.00 dan sayur ni boleh campur-campur. Fuhh~~ sejuk oo kat Kundasang ni..

http://myborneoisle.blogspot.com/
pilih mana nak..hiihiii

Monday, 30 January 2012

MAKANAN YANG SEDAP DARI BUMI SARAWAK

Sepanjang cuti ujung tahun lepas, aku mengambil peluang untuk mendapatkan makanan-makanan yang sedap yang telah lama aku tidak jamah sejak meninggalkan Bumi Kenyalang kesayangan ku ni. Dari Bintulu hingga ke Kuching termasuk kampung halaman ku sendiri di Daerah Bintangor dan Sarikei aku redah. Yang best nya makanan dah la sedap, MURAH lagi tu..tak macam di tempat aku sekarang yang makkk-oooiii mahal siot..tapi makanan ini semua dari gerai kaki lima or food court-food court la k..kebanyakan masakan cina la..I Looove Chinese food..ohhh my gosh..

SARIKEI

Bubur Tepung (Jalan Industri, Nyelong, Sarikei)
Harga : RM 3.50
Ada Cendawan, daging ngot-ngot, bunga kimcam (ke??) dan adunan kepingan tepung...my fav ni hahaha....


Mee Sup Patin (Jalan Industri, Nyelong, Sarikei) 
Harga: RM 4.oo
Daging ngot-ngot dimasak bersama sejenis herba cina yang dikenali sebagai patin (selalu aku sebut patingyok je)untuk dijadikan sup dan ada mee sua..(mee sua ni ada dijual di kedai dalam paket macam meehoon)


Bubur Ayam (Jalan Industri, Nyelong, Sarikei)
Harga : RM 4.00
Bubur biasa la..ada nasi + daging ayam..tp rasanya sedap haha...

Tea C Special - RM 2.50
Air Buang Panas - RM 2.00 (ada Barley, Kurma Merah, Laici & Jelly Hijau)


Thursday, 12 January 2012

PERJALANAN DARI LABUAN KE KOTA KINABALU

W.P Labuan merupakan Wilayah Persekutuan ke-2 selepas Kuala Lumpur. Selalu orang kalau tanya "Labuan,Sabah?" atau dalam alamat surat menyurat tulis.."W.P. Labuan, Sabah". This is totally wrong guys..Labuan adalah Labuan seperti juga Putrajaya adalah Putrajaya bukannya "Putrajaya, Selangor" So dulu-dulu memang Labuan dalam Sabah tapi setelah diisytihar sebagai W.P so Labuan terkeluar dari Sabah. Malah sistem pentadbiran adalah terkecuali dari Sabah sebab Labuan bukan dalam Sabah. Ok..done with that.

BETA Apartment - Ujana Kewangan - Hotel Grand Dorsett - Labuan Port

Seperti yang diketahui umum Labuan adalah sebuah pulau bebas cukai tapi barangan dia tak la semurah yang disangka hihihi...hanya rokok, arak/beer, kereta & cokolat yang murah. Lain-lain murah lagi di KK (so..langsung TAK MACAM DI KK) haha...So bagi yang berminat nak ke Labuan terdapat beberapa kaedah untuk sampai ke Pulau yang aman damai dan sunyi sepi ni...(saya sangat suka keadaan ni...pergi kerja balik kerja tak jem sangat dan segala-galanya dekat)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...