Friday 15 February 2013

IKAN TERUBOK MASIN KUCHING

Rasanya macam lama dah aku nak buat entry pasal Ikan Terubok Masin Sarawak yang memang top dan popular tu tapi malas nak pindahkan gambar dalam telefon so tak la dibuatnya entry ni. Entry tak ada gambar mana best kan..? 

Ok..kalau nak tau ikan terubok masin Sarawak ni memang sedap kalau digoreng ranggup dan cicah dengan air limau + cili padi...fuuhhh~~!! Meremang bulu...Biasa terubok masin ni popular di Kuching (Pasar Satok). Memang banyak pilihan kedai yang menawarkan harga yang pelbagai. Kalau yang berhajat nak bawa balik jauh dari Kuching macam ke Sabah atau Semenanjung pastikan tempat korang beli tu menyediakan perkhidmatan membungkus macam dalam gambar kat bawah ni nanti. Kebiasaanya ikan ni tahan dalam 3 4 hari dalam packing tu tanpa perlu diaiskan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...