Monday 30 July 2012

KOLEKSI GAMBAR DI AWAN BIRU VERSI 2 (SENJA & MALAM)

Pada entry terdahulu, saya ada kongsikan sedikit gambar dari awan biru versi siang hari. Namun pada kali ini saya akan berkongsikan sedikit gambar yang diambil pada watu senja iaitu sekitar jam 1800 hrs ke 2000 hrs (6-8 pm). Gambar-gambar ini adalah gambar yang diambil dari Airbus 330 penerbangan dari Kota Kibabalu ke Kuala Lumpur.

Gambar-gambar ada sedikit gegeran dan blur...almaklumlah susah nak timing kalau benda bergerak ini. Ditambah lagi guna kamera & lens basic (Canon 1000D; 18-55mm).

Sayap yang besar dan panjang
Cantik awan ini

Thursday 5 July 2012

API-API CENTRE APARTMENT, KOTA KINABALU, SABAH (2)

Sebelum ini saya ada ceritakan pasal Studio Apartment Api-Api. Jadi kali ini saya nak berkongsi 1 lagi apartment yang pernah saya duduki dan kedudukan apartment kali ini adalah bersebelahan pintu saja dengan yang sebelum ini. Reka bentuk semua hampir sama cuma perabot ada kelainan sikit. Kemudahan dalam apartment ini adalah sama saja macam yang sebelum ini iaitu mempunyai siaran astro, sterika, air panas, dapur masak, pinggan mangkuk dan lain-lain lagi la. Rejoice~~!!

Studio Apartment 2

Tengah tengok Hawaii Five-O

API-API CENTRE APARTMENT, KOTA KINABALU, SABAH

Menjadi kebiasan apabila saya p outstation, saya suka menginap di pelbagai hotel. Bukan apa sebab inilah masa dan peluang untuk merasa perkhidmatan yang ada di hotel-hotel yang diduduki. Tapi hotel-hotel ini adalah pada kadar yang berpatutan saja k sebab ianya  dibiayai oleh majikan so tak boleh lebih-lebih.

Api - Api Centre (gambar milik cheapmalaysiahotels.net)
Untuk kali ini, saya nak kongsikan tempat paling best (pada pandangan saya lah). Saya paling suka tinggal di sini sebab ia murah, bersih, selesa dan luas. Tempat kali ini adalah Api-Api Centre Apartment. Lokasi Apartment ini bersebelahan dengan Marina Court dan bertentangan dengan Centre Point Sabah dan Warisan  Square

Wednesday 4 July 2012

MARI MELEWATI AWAN BIRU

Ni menjadi kegemaran baru.  Snap! Snap! Snap! Pelbagai bentuk keadaan muka bumi @ awan. Seriously, Pemandangan dari awan biru adalah awesome jika kena pada masa dan tempatnya terutama bila senja menjelma. Tapi untuk kali ini saya sekadar kongsi sebahagian dari gambar-gambar yang ada dalam simpanan versi langit cerah @ tengahari. Laptop rusak jadi ni je yang ada dalam pendrive so kongsi dulu mana yang ada hihiii...

Labuan - Kota Kinabalu

Labuan - Kota Kinabalu melewati SOGT

KK WATERFRONT HOTEL, KOTA KINABALU, SABAH

Kali ni saya nak kongsikan pula pengalaman saya menginap di sebuah hotel berstatus Butik Hotel iaitu KK Waterfront Hotel. Kalau dah namanya Butik Hotel ni memanglah rekaan dia vavavooomm la kan. Harga pun semput nak membayarnya. Tapi masa saya pergi aritu dia ada buat diskaun sempena perasmian pembukaan jadi semua bilik harga RM100.00. Sekarang harga dah naik melambung macam Mael Lambung. Paling murah RM128.00 bilik tanpa tingkap yang buatkan anda tak sedar siang atau malam.

Kaunter Daftar Masuk

Monday 2 July 2012

CITITEL KOTA KINABALU

Kadang-kadang saya rasa sangat beruntung sebab saya dapat menginap di pelbagai hotel yang saya nak asalkan tidak melebih kadar yang ditetapkan oleh majikan bila saya ada tugas luar. Jadi setiap kali ada peluang outstation saya akan cuba mana-mana hotel yang bersesuaian. Lepas tu duduk sehari dua dan buat la sedikit komen untuk perkongsian bersama untuk kebaikan bersama.

Kali ini saya nak berkongsi sedikit ulasan tentang Hotel Cititel Kota Kinabalu.

Cititel Kota Kinabalu
Gambar Milik malaysianpackages.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...